TUNAIKAN ZAKAT
DENGAN ARRASYID
NAK BAYAR ZAKAT PENDAPATAN ATAU HARTA ONLINE ?
Dengan AR RASYID juga boleh?
Pertubuhan Arrasyid merupakan sebuah badan NGO yang memberikan bantuan kepada Asnaf Zakat terutamanya kepada Golongan Sabilillah iaitu pelajar-pelajar Tahfiz Arrasyid, juga golongan fakir miskin dan sebagainya.
Pada kali ini, Zakat harta atau Pendapatan yang Tuan/Puan sumbangkan, akan kami agihkan melalui Tajaan Pelajar-pelajar Madrasah Tahfiz Al Quran Arrasyid untuk menyambung pelajaran ke bumi Tareem,Yaman.
CARA MENGIRA ZAKAT PENDAPATAN :
KOMITMEN yang dinyatakan adalah seperti berikut :
– Diri Sendiri.
– Anak/Isteri.
– Ibu/Bapa.
– KWSP/SOCSO.
– Pendidikan sendiri.
Setelah pendapatan setahun tolak dengan komitmen, jika hasilnya melebihi nilai 85 Gram emas (Nisab) maka WAJIB zakat 2.5% dari jumlah hasil tolakkan itu.
Semoga Allah SWT luaskn rezeki kita semua atas sebab tertunainya Zakat Pendapatan atau Harta yang WAJIB ke atas setiap umat Islam inshaAllah.