Mengenai PAKAR
Pertubuhan Amal Kebajikan Ar Rasyid

PERTUBUHAN AMAL KEBAJIKAN AR RASYID ( PAKAR ) telah pun beroperasi lebih 10 tahun bermula tahun 2010 dengan nama yang sebelum ini Arrasyid Kemboja Resources yang telah diasaskan oleh Almarhum Ustaz Hj Abd Rasyid. Beliau meninggal pada Sept 2015 ketika menjalankan misi Ibadah Qurban di sana.
Kini ia diteruskan oleh adik Almarhum iaitu Al Fadhil Ustaz Khairul Nizam. Beliau yang kini menukar nama kepada Pertubuhan Amal Kebajikan Ar Rasyid dengan bertujuan dapat meluaskan lagi program ini bukan hanya di Kemboja tapi ke peringkat global insyaAllah.
Pendaftaran PAKAR telah diluluskan secara rasmi dibawah (ROS) dengan nama PERTUBUHAN AMAL KEBAJIKAN AR RASYID sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation). Fokus utama PAKAR adalah menjadi perantaraan bagi setiap dermawan untuk menyampaikan sumbangan kepada yang memerlukan.
Sejak ditubuhkan, PAKAR telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat Malaysia, Kemboja & Yaman hasil kutipan dan sumbangan orang ramai.


Antara Projek Yang Dijalankan
Qurban & Aqiqah
Klik Untuk Lebih Lanjut
Tahfiz Anak Yatim
Klik untuk lebih lanjut
Wisma Arrasyid
Klik untuk lebih lanjut
Sedekah Subuh
Klik untuk lebih lanjut
Waqaf Telaga
Klik untuk lebih lanjut
Tajaan Ramadhan
Liputan Di TV Al Hijrah Mengenai Projek Ibadah Korban 2021
Mengenai Projek Bina Telaga Di Kemboja
Program Festival Selawat SACC Shah Alam
CEO PERTUBUHAN AMAL KEBAJIKAN AR RASYID

MOHD KHAIRULNIZAM B ABD GHANI
USTAZ MOHD KHAIRULNIZAM BIN ABD GHANI merupakan Mudir Madrasah Tahfiz Al-quran Ar Rasyid (MTAAR) merangkap Pengasas Pertubuhan Amal Kebajikan Ar Rasyid Mendapat pendidikan Syariah Islamiyyah di Pusat Pengajian Tinggi Darul Mustafa, Hadramaut Yaman dibawah asuhan Guru Mulia Sayyidil Habib Omar ben Hafidz. Beliau juga merupakan penceramah bertauliah Negeri Selangor selain pernah dijemput oleh radio ikim.fm dan TV Al Hijrah.